Sertai Industri Pertahanan Negara
Bina Masa Depan Kita.
Portal Industri Pertahanan adalah platform digital bersepadu yang berfungsi sebagai hab pengurusan maklumat berkaitan ekosistem industri pertahanan negara. Platform ini menyatukan agensi kerajaan, pemain industri, institusi penyelidikan dan akademia sebagai rakan industri pertahanan untuk memacu kerjasama strategik bagi meningkatkan keupayaan teknologi dan pembangunan industri pertahanan Malaysia.
Manfaat Portal Industri Pertahanan
Sekiranya anda adalah Syarikat Tempatan, OEM Antarabangsa, Agensi Kerajaan ataupun Institusi Akademia, Portal Industri Pertahanan menawarkan manfaat utama kepada rakan industri melalui:

Integrasi dan Kecekapan Ekosistem
Menggabungkan semua rakan industri ke dalam satu platform digital bagi perkongsian maklumat dan peluang untuk berkolaborasi
Peningkatan Kapasiti Industri Tempatan
Membantu menyalurkan cadangan projek Program Kolaborasi Industri (Industrial Collaboration Program-ICP) dengan memudahkan pemindahan teknologi dan peluang penglibatan industri tempatan sebagai penerima manfaat ICP.


Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (R&D&I) Bersasar
Menyediakan maklumat yang lebih fokus dan bersepadu dengan menghubungkan keperluan pertahanan, kepakaran akademia dan keupayaan industri bagi menghasilkan penyelesaian teknologi pertahanan yang kompetitif.
Ke arah Kemampanan Industri Pertahanan Negara
Berperanan sebagai platform pemudah cara yang menyokong pembangunan ekosistem industri pertahanan yang lebih berdaya saing dan mampan, melalui penyediaan ruang penyertaan, perkongsian maklumat serta pemetaan keupayaan industri tempatan, khususnya dalam bidang teknologi kritikal seperti satelit, dron, keselamatan siber dan sistem persenjataan maju.


Keterlihatan Keupayaan Industri Tempatan
Membantu industri pertahanan tempatan untuk memperkenalkan teknologi dan kepakaran tempatan ke peringkat global, seterusnya membuka peluang untuk eksport, kerjasama strategik, dan pengiktirafan antarabangsa.
Sertai Industri Pertahanan Negara,
Bina Masa Depan Kita.

Sertai Industri Pertahanan Negara,
Bina Masa Depan Kita.
Portal Industri Pertahanan adalah platform digital bersepadu yang berfungsi sebagai hab pengurusan maklumat berkaitan ekosistem industri pertahanan negara.
Manfaat Portal Industri Pertahanan
Portal Industri Pertahanan menawarkan manfaat utama kepada rakan industri melalui:
Integrasi dan Kecekapan Ekosistem
Menggabungkan semua rakan industri ke dalam satu platform digital bagi perkongisan maklumat dan peluang untuk berkolaborasi
Peningkatan Kapasiti Industri Tempatan
Membantu menyalurkan cadangan projek Program Kolaborasi Industri (Industrial Collaboration Program-ICP) dengan memudahkan pemindahan teknologi dan peluang penglibatan industri tempatan sebagai penerima manfaat ICP.
Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (R&D&I) Bersasar
Menyediakan maklumat yang lebih fokus dan bersepadu dengan menghubungkan keperluan pertahanan, kepakaran akademia dan keupayaan industri bagi menghasilkan penyelesaian teknologi pertahanan yang kompetitif.
Ke arah Kemampanan Industri Pertahanan Negara
Berperanan sebagai platform pemudah cara yang menyokong pembangunan ekosistem industri pertahanan yang lebih berdaya saing dan mampan, melalui penyediaan ruang penyertaan, perkongsian maklumat serta pemetaan keupayaan industri tempatan, khususnya dalam bidang teknologi kritikal seperti satelit, dron, keselamatan siber dan sistem persenjataan maju.
Keterlihatan Keupayaan Industri Tempatan
Membantu industri pertahanan tempatan untuk memperkenalkan teknologi dan kepakaran tempatan ke peringkat global, seterusnya membuka peluang untuk eksport, kerjasama strategik, dan pengiktirafan antarabangsa.
Sertai Industri Pertahanan Negara,
Bina Masa Depan Kita.
DAFTAR SEKARANG