Mengenai Portal Industri Pertahanan

1) Apakah Itu Portal Industri Pertahanan
Portal Industri Pertahanan adalah platform digital bersepadu yang berfungsi sebagai hab pengurusan maklumat berkaitan ekosistem industri pertahanan negara.
Platform in menyatukan agensi kerajaan, pemain industri, institusi penyelidikan dan akademia untuk memacu kerjasama strategik bagi meningkatkan keupayaan teknologi dan pembangunan industri pertahanan Malaysia.
Portal ini juga memberi peluang kepada semua pihak berkepentingan dalam memanfaatkan inisiatif utama seperti Program Kolaborasi Industri (ICP), Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), inovasi dan teknologi.
2) Mengapa Portal Industri Pertahanan Dibangunkan?
Portal ini dibangunkan untuk menyatukan pihak-pihak yang beroperasi secara berasingan (agensi kerajaan, pemain industri, institusi penyelidikan dan akademia) ke dalam satu platform, dengan tujuan:
- Menyelaras kerjasama semua pihak yang terlibat dalam memastikan semua usaha selari dengan keperluan dan hala tuju industri pertahanan negara.
- Memudahkan perkongsian pengetahuan dan teknologi dari OEM, institusi penyelidikan dan akademia kepada industri pertahanan tempatan.
- Membantu Program Kolaborasi Industri (ICP) bagi meningkatkan keupayaan dan kapasiti teknologi pertahanan tempatan.
- Menyokong penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang relevan dengan keperluan strategik dan operasi pertahanan.
- Merangsangkan pertumbuhan dan perkembangan industri pertahanan tempatan yang lebih berdikari dan berdaya tahan.
- Menyediakan repositori teknologi pertahanan dan kepakaran negara.

3) Siapa yang boleh mendaftar kepada Portal sebagai rakan industri pertahanan ?
Agensi kerajaan yang berkaitan, pemain industri (tempatan dan luar negara), institusi penyelidikan dan akademia.
4) Bagaimana untuk mendaftar dan mengakses Portal Industri Pertahanan?
Kaedah pendaftaran dan akses ke Portal Industri Pertahanan adalah seperti berikut:
Akses Melalui URL Rasmi:
- Langkah 1 - Daftar secara dalam talian: Agensi kerajaan yang berkaitan, pemain industri (tempatan dan luar negara), institusi penyelidikan dan akademia yang berminat perlu mendaftar dalam talian di laman Portal Industri Pertahanan. Akses akan diberi kepada pengguna untuk mengakses platform Portal industri Pertahanan.
- Langkah 2 - Proses Semakan: Syarikat perlu memasukkan maklumat lengkap, dokumen sokongan yang berkaitan, dan permohonan akan disemak oleh BIP dan STRIDE.
- Langkah 3 - Mengisi Cadangan Projek ICP and R&D: Syarikat, akademia dan agensi boleh mengisi Cadangan ICP dan R&D melalui portal
5) Apakah bidang teknologi yang diterima di Portal Industri Pertahanan?
Semua bidang teknologi berkaitan pertahanan



6) Apakah Manfaat portal kepada rakan industri?
Portal Industri Pertahanan menawarkan manfaat utama berikut:
- Integrasi dan Kecekapan Ekosistem – Menyatukan seluruh rantaian nilai industri pertahanan (kerajaan, syarikat tempatan, OEM dan akademia) dalam satu platform digital bagi mempercepatkan potensi kolaborasi dan perkongsian maklumat.
- Peningkatan Kapasiti Industri Tempatan – Membantu menyalurkan Cadangan projek Program Kolaborasi Industri dengan memudahkan pemindahan teknologi, dan peluang penglibatan industri tempatan sebagai penerima manfaat.
- Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Teknologi Bersasar – Menyediakan maklumat yang lebih fokus dan optimum, dengan menghubungkan keperluan pertahanan, kepakaran akademia dan keupayaan industri, seterusnya menghasilkan produk dan penyelesaian teknologi pertahanan yang lebih kompetitif.
- Ke arah Kemampanan Industri Pertahanan Negara – Berperanan sebagai platform pemudah cara yang menyokong pembangunan ekosistem industri pertahanan yang lebih berdaya saing dan mampan, melalui penyediaan ruang penyertaan, perkongsian maklumat serta pemetaan keupayaan industri tempatan, khususnya dalam bidang teknologi kritikal seperti satelit, dron, keselamatan siber dan sistem persenjataan maju.
- Keterlihatan Keupayaan Industri Tempatan – Membantu industri pertahanan tempatan untuk memperkenalkan teknologi dan kepakaran tempatan ke peringkat global, seterusnya membuka peluang untuk eksport, kerjasama strategik, dan pengiktirafan antarabangsa.
7) Apakah kemudahan yang ditawarkan oleh Portal Industri Pertahanan ?
Portal ini menyediakan kemudahan:
- Pendaftaran Kendiri (Self Registration) yang membolehkan syarikat mendaftar dan mengemaskini profil syarikat.
- Mengisi Cadangan Projek ICP dan R&D di mana syarikat boleh menghantar dan mengemaskini Cadangan Projek ICP dan R&D.
- Direktori Industri yang berfungsi sebagai pusat rujukan untuk maklumat mengenai syarikat-syarikat industri pertahanan tempatan dan OEM.
Sertai Industri Pertahanan Negara,
Bina Masa Depan Kita.
Mengenai
Portal
Industri Pertahanan
Portal Industri Pertahanan (PIP) ialah platform digital bersepadu untuk pengurusan maklumat dan kolaborasi ekosistem industri pertahanan negara.
Apakah Itu Portal Industri Pertahanan
Portal Industri Pertahanan (PIP) adalah platform digital bersepadu yang berfungsi sebagai hab pengurusan maklumat berkaitan ekosistem industri pertahanan negara.
Platform ini menyatukan agensi kerajaan, pemain industri, institusi penyelidikan dan akademia untuk memacu kerjasama strategik bagi meningkatkan keupayaan teknologi dan pembangunan industri pertahanan Malaysia.
Portal ini juga memberi peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memanfaatkan inisiatif seperti Program Kolaborasi Industri (ICP), Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), inovasi dan teknologi.
Mengapa Portal Industri Pertahanan Dibangunkan?
PIP dibangunkan untuk menyatukan pihak-pihak yang beroperasi secara berasingan (agensi kerajaan, pemain industri, institusi penyelidikan dan akademia) ke dalam satu platform.
- Menyelaraskan kerjasama semua pihak dan memastikan usaha selari dengan keperluan industri pertahanan negara.
- Memudahkan perkongsian pengetahuan dan teknologi dari OEM, institusi penyelidikan dan akademia kepada industri tempatan.
- Membantu Program Kolaborasi Industri (ICP) bagi meningkatkan keupayaan dan kapasiti teknologi pertahanan tempatan.
- Menyokong penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang relevan dengan keperluan strategik dan operasi pertahanan.
- Merangsang pertumbuhan industri pertahanan tempatan yang lebih berdaya saing.
- Menyediakan repositori teknologi pertahanan dan kepakaran negara.
Siapa yang boleh mendaftar kepada Portal sebagai rakan industri pertahanan?
Agensi kerajaan yang berkaitan, pemain industri (tempatan dan luar negara), institusi penyelidikan dan akademia.
Bagaimana untuk mendaftar dan mengakses Portal IP?
Kaedah pendaftaran dan akses ke PIP adalah seperti berikut:
- Langkah 1 — Daftar
Daftar secara dalam talian. - Langkah 2 — Proses Semakan
Permohonan akan disemak. - Langkah 3 — Isi Cadangan
Isi cadangan projek ICP dan R&D.
Apakah bidang teknologi yang diterima di Portal IP?
Semua bidang teknologi berkaitan pertahanan.
Apakah Manfaat portal kepada rakan industri?
- Integrasi dan Kecekapan Ekosistem — Menyatukan rantaian nilai industri pertahanan.
- Peningkatan Kapasiti Industri Tempatan — Pemindahan teknologi tersusun.
- Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi — Penyelesaian bersasar.
- Ke arah Kemampanan Industri — Ekosistem berdaya saing.
- Keterlihatan Keupayaan Industri — Peluang eksport dan kolaborasi.
Apakah kemudahan yang ditawarkan oleh Portal IP?
- Pendaftaran kendiri (Self Registration).
- Cadangan projek ICP dan R&D.
- Direktori industri pertahanan.
